Syarikat Berhad adalah perniagaan yang ditubuhkan dibawah Akta Syarikat 1965 dan terbahagi kepada 3 bentuk :
- Sendirian
- Sendirian Berhad (Sdn. Bhd.)
- Berhad (Bhd.)
Syarikat Sendirian Berhad dan Berhad adalah terhad dengan saham.
SYARIKAT SENDIRIAN BERHAD (SDN. BHD.)
- Dikawal dibawah Akta Syarikat 1965 dan merupakan entiti yang sah terpisah daripada pemilik.
- Dimiliki oleh 2 -50 orang pemegang saham.
- Pemilik Syarikat mempunyai liabiliti terhad.
- Pemilik/pemegang saham syarikat menyumbangkan modal
- Syarikat dianggota lembaga Pengarah sekurang-kurang 2 orang untuk mengetahuai dasar dan matlamat Syarikat.
- Pemegang saham yang memiliki 51% atau lebih daripada jumlah saham Syarikat berhak untuk mengawal Syarikat tersebut.
- Saham Syarikat boleh dijual beli tetapi tidak dilakukan di pasaran terbuka.
- Penjualan mesti dengan persetujuan pemegang saham yang lain
- Tidak disenaraikan di Bursa Malaysia
- Jangka hayat perniagaan adalah panjang
- Boleh dikenali dengan mudah, ada perkataan Sendirian Berhad (Sdn. Bhd.) pada akhir nama Syarikat. Contoh : Rasa Sayang Sdn. Bhd.
SYARIKAT AWAM BERHAD (BHD.)
Ciri-ciri Syarikat Awam Berhad adalah agak sama dengan ciri-ciri Syarikat Sendirian Berhad. Perbezaannya adalah dari segi pemilikan perniagaan. Tiada hadnya bagi mereka yang ingin bagi Syarikat jenis ini. Menurut peruntukkan undang-undang, dihujung setiap nama Syarikat Awam Berhad mesti ditulis nama "Berhad". Pemegang saham bebas menjual dan membeli saham dipasaran saham tanpa memerlukan persetujuan dari sesiapa. Pekara-pekara lain seperti penubuhan, pendaftaraan syarikat, agihan keuntungan dan jangka hayat adalah sama seperti Syarikat Sendirian Berhad.
- Disenaraikan di Bursa Malaysia
- Syarikat Berhad adalah syarikat awam yang dimiliki oleh pemegang-pemegang saham.
- Pembelian dan penjualan saham dibuat tanpa persetujuan pemegang saham yang lain.
- Bilangan pemegang saham lebih dua orang hingga tiada had.
- Modal syarikat adalah dari penjualan saham dan bon kepada orang awam.
- Pemegang saham bebas membeli dan jual di Bursa Saham Malaysia
- Pemilik syarikat mempunyai liabiliti terhad
- Pengurusan dan kawalan syarikat adalah tanggungjawab lembaga pengarah yang dipilih oleh pemegang saham dalam mesyuarat agung tahunan.
- Pembahagian untung dan dividen adalah bergantung kepada keuntungan syarikat.
- Boleh menerbitkan propektus di akhbar
- Mempunyai perkataan Berhad dihujung nama syarikat : Cth : TNB Berhad.
- Modal yang banyak dikumpulkan - orang awam dan pinjaman luaran (Bank)
- Jangka hayat perniagaan panjang - entiti berasingan pemilik dan syarikat
- Mudah berkembang - modal besar
- Risiko pelaburan tidak melibatkan harta peribadi - setakat jumlah dilaburkan
- Saham mudah dijual - tidak melibatkan banyak prosedur
- Pegurusan syarikat yang lebih efisien
- Pemegang saham dilindungi oleh undang-undang.
KELEMAHAN SYARIKAT AWAM BERHAD
- Pembentukkan syarikat adalah rumit dan mahal. Ia terpaksa melalui prosedur kawalan yang ketat seperti termaktub dibawah Akta Syarikat 1965
- Saiznya besar dan adanya banyak cawangan. Ini akan merumuitkan pengurusan. Kebiasaanya banyak masalah timbul dikalangan pihak pengurusan dan pekerja.
- Operasi perniagaan dikawal oleh undang-undang dan peraturan yang ketat.
source : http://ca2on9 -biz.blogspot.com/2008/10/syarikat-berhad-sdn-bhd-berhad.html
No comments:
Post a Comment